Friday 23 October 2015

Menghasilkan Sendiri Antibiotik Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Bahan Semulajadi

Sistem imunisasi badan manusia selalunya lemah ketika musim tengkujuh atau hujan dan dalam musim ini badan kita mudah terdedah kepada demam, selsema  dan batuk. Jika kita meningkatkan sistem imun kita, adalah perlu mengambil beberapa makanan tambahan yang juga berperanan dalam  pencegahan. Cuba elakkan antibiotik tiruan dan kimia, tetapi gunalah antibiotik yang asli. Tambahan ianya amat murah dan sangat mudah untuk disediakan sendiri, tetapi pada masa yang sama ianya amat menakjubkan dan berkesan.



Bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan Anti-biotik:

  1. Serbuk Halia -  2 sudu
  2. Bawang Putih dihancurkan - 1 ulas
  3. Lada Hitam (dikisar) - 1/2 sudu
  4. Serbuk Kulit Kayu Manis- 1/2 sudu
  5. 2 sudu besar madu
  6. Sedikit Jus Lemon –anggaran 1 sudu teh

Penyediaan: 




Campurkan  semua bahan . Kacau hingga sebati dan biarkan selama 3 jam.Selepas 3 jam, letakkan campuran dalam balang kaca dan simpan di dalam peti sejuk. Adalah penting memastikan antibiotic sentiasa pada suhu sejuk kerana ianya mudah rosak  dan perlu disejukkan bagi memanjangkan tarikh luputnya.

Penggunaan

  • Bagi meningkatkan sistem imun dan sebagai pencegahan pelbagai penyakit anda perlu mengambil satu sudu besar campuran ini setiap hari dengan perut kosong.

  • Bagi mengubati penyakit semasa seperti sejuk atau batuk, antibiotik perlu dimakan 3 kali sehari sebelum makan. Anda akan merasa keberkesanannya  selepas anda mengambilnya.

Kebaikan antibiotik semula jadi

  • Berbanding dengan ubat-ubat moden  yang boleh dibeli di farmasi, ramuan asli adalah jauh lebih murah.
  • Malah ia tidak mempunyai kesan-kesan yang merbahaya yang mungkin akan timbul.

  • Ianya mampu meningkatkan imuniti untuk melawan penyakit setiap seperti selesema.

  • Ianya mudah dan cepat untuk disediakan'

  • Anda tidak perlu untuk berjumpa doktor bagi penyakit-penyakit biasa'

  • Semua bahan-bahan yang digunakan amat mudah didapati dan disediakan.

Sumber: http://www.healthonlinecentral.com/make-the-strongest-antibiotic-with-only-natural-ingredients/

No comments:

Post a Comment