Friday 20 November 2015

Resepi Yang Mampu Menyingkirkan Lemak Dan Toksin Dalam Badan!

Jika anda inginkan berat badan yang ideal, resepi ini amat sesuai untuk anda.



Ramuan ini akan meningkatkan metabolisma badan anda dan membersihkan badan anda dari toksin serta lemak-lemak yang terkumpul dalam badan anda.






Resepi:



-1 cawan jus tomato


-1/4 cawan jus lemon atau limau nipis


-1 sudu teh serbuk halia


-1 biji lada yang pedas (atau 1/2 sudu teh serbuk lada pedas)


-2 batang seleri (batang sup)


Mix the tomato juice, lemon juice, ginger and grated hot pepper. You will get 220 ml from this drink. Serve it in glasses and add celery as decoration. You should eat the celery together with the drink. Prepare three glasses from this fat burning drink and consume it three times a day between the meals. If you prepare more keep it in the fridge.

Campurkan jus tomato, jus lemon, halia dan sebuk lada. Anda akan dapat 220 ml larutan. Hidangkan dalam beberapa gelas dan hiasi dengan batang seleri. Anda mesti memakan seleri bersama-sama minuman ini. Sediakan tiga gelas minuman yang membakar lemak ini dan ambil tiga kali sehari di antara waktu makan. Jika anda sediakan lebih, simpankannya dalam peti sejuk.



Monday 9 November 2015

Resepi. Cara-Cara Membuat Pasta Miso


Pasta Miso


Bahan-Bahan

- 2kg kacang soya
- 2kg beras koji
- 0.8kg garam

Cara-cara

1. Rendamkan kacang soya semalaman
2. Rebuskan kacang soya selama 4 jam
3. Sementara itu dalam campurkan dan gaul rata beras koji dan garam dalam mangkuk
4. Lenyekkan kacang soya
5. Campurkan semua bahan



Selepas rebus, toskan kacang dan lenyekkan dalam mangkuk besar. Selepas lenyek, masukkan beras dan garam yang digaul rata ke dalam kacang soya yang telah dilenyek. Gaul rata.




Bulatkan adunan dan masukkan dalam balang dengan teknik melempar bagi memastikan tiada ruang udara (sila lihat video).

Setelah penuh, tabur dan ratakan garam di bahagian atas adunan. Tutup dengan plastik di bahagian atas. Tutup ketat balang dan simpan di tempat sejuk dan gelap selama 8 bulan.

Selamat Mencuba!





Sup Ini Mampu Membunuh Kanser Dan Menentang Pelbagai Masalah Kesihatan!

Soya adalah agak baru kepada pasaran Amerika tetapi di Jepun ia adalah salah satu antara makanan yang paling terkenal. Rakyat Jepun dipercayai mempunyai usia yang panjang kerana sentiasa mengamalkan pemakanan soya yang mana mampu melawan penyakit, bakteria dan keradangan. Menurut satu artikel kajian dari Institut Kanser Kebangsaan di Amerika Syarikat, dan penyelidikan di Hospital Universiti Kanak-Kanak, Heidelberg, Jerman soya boleh membunuh kanser. Ini adalah kerana kandunagn genistein, satu isoflavon yang berasaskan tumbuhan, yang mampu membunuh sel-sel kanser, mengurangkan tumor dan mencegah kanser daripada merebak.


Walau bagaimanapun, sesetengah jenis soya pula dikaitkan sebagai penyebab kanser payudara dan kerosakan otak, Cara yang terbaik untuk melawan kanser adalah sup Miso. Sup ini diperbuat daripada soya yang ditapai yang meningkatkan kesihatan organisma, tambahan pula ia juga meningkatkan sistem imunisasi dan melawan serta menghalang semua jenis kanser.







Sup Miso - Khasiat-Khasiat Tambahan Untuk Kesihatan


  • Bertindak sebagai antioksidan yang kuat, melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas, radiasi, dan bahan-bahan cemar kimia.
  • Bertindak sebagai anti-estrogen dengan menyekat pengambilan estrogen.
  • Boleh mengurangkan gejala yang berkaitan dengan menopaus dan membantu mencegah kehilangan jisim tulang.
  • Menghalang pengumpulan platelet dan trombosis, membantu untuk mencegah strok, serangan jantung dan aterosklerosis.
  • Mempamerkan ciri-ciri anti-radang yang kuat dan oleh itu mungkin berguna dalam merawat artritis, radang kandung lendir dan penyakit reumatik.



Bahan-bahan untuk membuat Sup Miso (Pilih Hanya yang Organik)


  • 3 sudu pes miso
  • 1/2 sudu teh halia parut
  • 1 ulas bawang putih, dikupas dan dicingcang
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 1 sudu besar minyak kelapa (Hidangan untuk 2)
Gambar - Pasta Miso 



Cara Membuat Sup Miso Dengan 4 Langkah Mudah


Panaskan minyak kelapa dalam periuk besar dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang besar, masak selama 5 minit, kacau selalu. Tambahkan 4 cawan air dan halia dan masak sehingga mendidih. Tambah paste miso dan kacau sehingga larut.



Friday 30 October 2015

Resepi Cuka Epal Homemade yang Terbukti dapat Cairkan Lemak dan Menyingkirkannya dari Air Kencing Anda!

Cuka Epal Cider adalah rawatan semulajadi yang terbaik untuk berat badan berlebihan. Selain merangsang penurunan berat badan, ia mempercepatkan metabolisma badan anda dan meningkatkan imuniti anda. Terbaik dari semua, ia adalah semulajadi dan sangat berkhasiat.

Epal organik adalah yang paling sesuai untuk resipi ini, yang terbaik digunakan tanpa ditapis dan tidak pasteurizedkan.


Cara penyediaannya amat mudah dan tidak perlukan masa yang panjang.




PENYEDIAAN:

Terdapat beberapa kaedah dalam penyediaan sendiri cuka epal cider ini.. Anda boleh sama ada menggunakan keseluruhan buah-buahan atau menggunakan sisa kulit dan biji (isi anda makan begitu sahaja).


Kaedah kedua adalah lebih cepat daripada yang pertama kerana ia hanya mengambil masa dua bulan untuk mendapatkan cuka epal cider buatan anda sendiri. Untuk ini, anda perlu balang kaca yang besar, sisa epal dan kain kasa tebal.

Pertama, biarkan sisa epal sehingga mereka menjadi perang. Kemudian masukkannya ke dalam balang dan isikan dengan air. Anda mungkin perlu menambah beberapa lagi sisa epal pada hari-hari berikutnya, oleh itu anda perlu tinggalkan sedikit ruang dalam balang. Tutup dengan kain kasa dan simpan di tempat gelap dan sedikit panas / hangat.

Selepas beberapa hari anda akan dapat melihat dalam kandungan balang mendapat lebih pekat dan terdapat lapisan kelabu tetbentuk di permukaan iaitu lapisan kulat, Apabila ini terhasil, jangan tambah sisa epal lagi. Tinggalkan campuran selama sebulan (atau lebih) untuk menapai. Selepas sebulan, anda boleh mula menguji cuka. Cubalah bagi pastikan ia cukup kuat untuk anda. Jika ia, membuang kulat, tapiskan campuran dan tuangkan cuka tersebut ke dalam botol yang telah disterilkan terlebih dahulu.



Jangan bimbang jika cuka itu keruh. Ini adalah kerana akan terdapat beberapa mendapan epal. Sekiranya anda tidak suka keadaan ini, tapiskan ia dengan kain kasa tebal.

Kaedah menghasilkan cuka dengan menggunakan keseluruhan buah-buahan juga hampir sama. Pertama, potong epal, masukkannya ke dalam balang, kemudian tuangkan sedikit air dan kemudian tutup dengan kain kasa dan simpan di tempat yang gelap dan hangat. Walau bagaimanapun, kaedah ini mengambil masa kira-kira 6 bulan. Kulat yang muncul juga boleh digunakan sebagai penawar dalam rawatan pelbagai radang.

Selepas 6 bulan, tapis dan tuangkan cecair ke dalam balang yang lebih besar dan simpan lagi dengan ditutup dengan kain kasa selama 4-6 minggu . Kemudian ia sedia untuk digunakan.

CARA-CARA MENGAMALKANNYA:

Campurkan 2 atau 3 sudu teh cuka epal cider ke dalam segelas air. Minum dengan perut kosong. Anda juga boleh menambah 1-2 sudu kecil. madu jika anda inginkan sedikit manis.
KESAN-KESAN:

Banyak faktor yang menyumbang kepada penurunan berat badan yang berjaya, seperti kawalan pemakanan, aktiviti fizikal dan faktot-faktor genetik. Tidak kira apa yang menyebabkan kepada meningkatan berat badan anda, Cuka Epal Cider akan merangsang pemecahan lemak. Secara purata, anda boleh kehilangan 2 ke 3 kg sebulan dan tambahan 4 ke 5 kg setahun jika anda sentiasa mengamalkannya.

Sumber: http://www.healthyfoodteam.com

Thursday 29 October 2015

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Mencabut Bulu Hidung

Dunia moden telah membawa banyak peraturan tentang kebersihan diri dan kecantikan. Ramai orang ingin kelihatan menurut peraturan-peraturan ini dan biasanya melakukan banyak perkara gila untuk mencapainya. Walau bagaimanapun, sains mengatakan bahawa beberapa rawatan kecantikan dan produk  moden adalah sangat berbahaya untuk badan serta boleh menyebabkan banyak kemudaratan dan penyakit-penyakit yang serius.


NOSE





Salah satu isu yang mana kajian-kajian sains sangat menitik beratkan ialah pembuangan bulu-bulu menggunakan kaedah lilin. Wanita-wanita dan sesetengah lelaki moden pada hari ini membuang bulu-bulu badan dengan kaedah mudah dan sangat menyakitkan  ini. Kaedah melilin atau waxing kaki, lengan dan mana-mana bahagian yang lain untuk kelihatan lebih menarik tanpa bulu bukan lagi sekadar mitos dan semakin ramai orang melakukannya setiap hari.



Para saintis mendapati cara ini sama sekali tidak elok untuk badan. Membuang bulu dari badan anda dalam apa-apa cara sekali pun mungkin boleh mencetuskan beberapa penyakit serius, jangkitan, radang, parasit dan juga boleh membawa kepada kematian. Ini adalah kerana kerana terdapat sistem saraf di kulit dan beberapa tindakan sahaja merosakkannya. Salah satu masalah yang paling serius adalah mencabut bulu hidung. Ia akan merosakkan kulit dalam hidung yang mana liang yang terhasil dari mencabut bulu hidung tadi akan berdarah dan ini adalah satu tempat yang sesuai bagi pembiakan parasit, bakteria dan kulat.

(Amoeba adalah kuman yang boleh merosakkan saraf dan otak)


Amoeba yang dapat bersarang dalam folikel-folikel dari rambut dengan sangat cepat boleh berkembang dan dihantar ke otak. Di sini ia akan memusnahkan saraf dan tisu yang boleh menyebabkan penyakit yang serius dan juga kematian.

Jika terfikir mencabut atau waxing bulu dari hidung fikirlah dua kali. Jika anda merasakan bahawa bulu hidung menghodohkan penampilan atau mahu mengikuti perkembangan trend semasa, rapikan sahaja dengan gunting. Sebelum mendapatkan apa-apa rawatan atau produk kecantikan pertama-tama fikirkan dahulu masalah-masalah dalaman dan perubahan-perubahan penampilan yang akan timbul dari tindakan tersebut.

* Ingat Fikir Dulu Sebelum Buang Bulu Hidung



Minuman Soda Campuran Kunyit dan Yang Membantu Sistem Penghadaman dan Melegakan Kesakitan

Selalunya kunyit digunakan sebagai rempah dalam masakan. Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan,  membuktikan bahawa kunyit mungkin juga membantu dalam pelbagai radang, penyakit, bakteria, kulat, parasit dan juga kanser. Berikut adalah senarai manfaat yang terbaik terdapat dalam kunyit:


turmeric-soda



Curcumin meningkatkan faktor neurotrophic perolehan otak, seterusnya meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko  penyakit-penyakit otak.






  • Merendahkan risiko penyakit-penyakit otak kerana kemampuannya untuk meningkatkan faktor neurotrophic perolehan otak.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Ia digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit Alzheimer (nyanyuk).
  • Ia membantu masalah sakit sendi (arthritis) melalui ciri-ciri anti-radangnya. 
  • Ia adalah ubat yang hebat terhadap kemurungan.
  • Ia mempunyai anti - penuaan dan melawan penyakit-penyakit kronik berkaitan usia.

Walaupun ia sangat bermanfaat ia adalah amat sukar untuk badan kita untuk menyerapnya. Ini adalah sangat penting untuk mencari kaedah yang betul untuk menggunakan kunyit dalam diet pemakanan kita dan menikmati manfaat-manfaatnya.


Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal  Sains dan Teknologi Makanan Antarabangsa cara yang terbaik ialah menggunakan kunyit yang ditapai / fermentasi kerana dengan cara itu mempunyai kadar penyerapan yang terbaik ke dalam badan kita.

Berikut adalah resepi terbaik kunyit yang ditapai yang akan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:




- 1 cawan hirisan kunyit (tak perlu kupas)

- ¾ cawan madu asli

- 2 biji lemon organik atau limau nipis (anda juga boleh menggunakan kedua-dua lemon dan limau nipis)


- 6 cawan air


Proses penyediaan:

Gunakan periuk yang besar. Letakkan air dan kunyit di dalamnya. Rebus  selama 20 minit dan renehkan selama 15 - 20 minit lagi. Ketepikan dan sejukkan. Tambahkan bahan-bahan lain. Gaul rata dan letakkan bahan-bahan ini ke dalam balang yang besar.

Tutup balang dan simpan di tempat yang gelap dan panas selama 3 hari. Jika dilakukan pada musim sejuk, simpan balang untuk 4-5 hari.

Kacau balang dari semasa ke semasa dan selepas 3 hari, tapis ramuan ke dalam botol kaca dan biarkannya berkarbonat selama 3 hari lagi. Sekarang simpankan di dalam peti sejuk dan biarkan selama seminggu sebelum berlakunya penapaian.


Sebelum mengambilnya,  kacau atau goncang dahulu botol sehingga sebati,  dan minuman anda sudah sedia!









3 Dalam 1: Kurus Menarik, Kulit Berseri, Kurang Selulit!

Memenuhi impian setiap wanita!

Biji rami atau jut (flax seed) kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, asid-asid lemak dan serat yang menormalkan kerja-kerja usus. Ia membersihkan badan daripada toksin, mengurangkan selera makan dan paras gula dalam darah. Rahsia khas ini adalah dalam asid lemak yang mengaktifkan kelenjar minyak di dalam badan seterusnya membantu dalam mengurangkan lemak tambahan di dalam organisma.

Teh biji rami adalah disyorkan oleh ramai pakar pemakanan dan juga kerana manfaatnya pada pesakit-pesakit gastritis, ulser dan buasir.

The-Perfect-Drink-For-Women-–-Ideal-For-Weight-Loss-Shiny-Skin-And-Less-Cellulite




Proses penyediaan:


Ambil 3 sudu besar biji rami dan masukkan dalam 1 liter air mendidih. Biarkan ia sejuk pada waktu malam. Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan termos. Jika tiada gunakan sahaja periuk atau mangkuk yang bertudung. Tapis teh pada waktu pagi. Anda akan memperolehi minuman sedikit berlendir yang mana anda perlu ambil pada setiap hari bersama-sama sarapan dan makan malam anda.

Teh ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari dalam sukatan 150 ml sebelum setiap waktu makan. Jangan buat teh ini terlalu banyak kerana anda perlu mengambilnya dalam keadaan segar. Amalkan selama 10 hari dan rehat 10 hari, kemudian teruskan semula pengambilannya. Ini adalah cara yang hebat yang akan membantu anda menurunkan berat badan dan mengawal atur semua ketidak-seimbangan dalam badan anda.

Peringatan: Panduan dalam teks ini hanyalah perkongsian maklumat dan ianya tidak boleh menggantikan doktor atau ahli farmasi anda berkaitan kesihatan anda. Jika anda mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang serius, sila rujuk kepada doktor atau mereka yang pakar terbeih dahulu. Kami menyemak data kami dan menyarankan kepada anda agar anda memperolehi kesihatan yang baik.

Wednesday 28 October 2015

Jus Yang Dapat Menyembuhkan Kencing Manis jenis 2 dalam 1 Minggu



Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah melebihi tahap normal. Ia juga dikenali sebagai hiperglisemia. Bentuk  yang paling biasa diabetes adalah Jenis 2. Tubuh orang yang mempunyai diabetes jenis 2 tidak menggunakan insulin dengan betul. Ia dipanggil rintangan insulin.

Berikut adalah resipi yang mana dapat  membantu  mengurangkan diabetes jenis 2 dalam satu minggu. Ia akan lebih berkesan  apabila seseorang itu mengawal pemakananya. Memakan  pasta, jagung, makanan diproses dan kentang perlu dielakkan.





Jus 1: Jus Saderi dan Bayam 




Bahan-bahan: 3 batang saderi dengan daun, 3 cekak / ikat  bayam, 1 biji epal hijau, 1 lobak merah dan timun (pilihan)

Arahan:  Basuh cuci dan kupaskan  hijau epal, lobak merah dan timun (pilihan) dan kisarkan bersama-sama dengan bayam dan saderi.

Kegunaan:  Lobak Merah bertindak sebagai pengawal atur darah yang terbaik dan baik untuk masalah penglihatan. Bayam adalah berguna untuk pelbagai masalah kesihatan, saderi mengawal tekanan darah dan epal hijau mengawal  paras gula.

Jus 2:  Jus Kacang Buncis dan Taugeh Kobis  (Brussel Sprout)

Bahan-bahan: 3 cawan kacang buncis, 12-14 pucuk brussel, 1 lemon dikupas dan timun (pilihan)

Arahan:  Kisar  kacang, pucuk kobis,  lemon dan timun (pilihan) menjadi jus  dan kacau.

Kegunaan: Pucuk  kobis dan kacang buncis  memainkan peranan penting dalam menyediakan vitamin B6 dan bertindak sumber insulin.





Jus3: Jus Saderi, Bayam dan Parsli

Bahan-bahan: 2 batang saderi dengan daun, 3 cekak  bayam, 1 genggam parsli, 1/2 biji epal hijau, 3 batang lobak merah

Arahan: Kisarkan dahulu lobak merah, kemudian bayam, parsli, saderi dan nanas.

Kegunaan: Ia mengawal tekanan darah dan paras gula. Parsli, timun bertindak sebagai diuretik semulajadi.


Jus 4:  Jus Pasli, Pegaga / Selada Air dan Tomato

Bahan-bahan: 1 segenggam  parsli, 6 batang pegaga, 2  biji tomato dan 2 biji epal

Arahan: Kupas epal dan potong  epal, letakkan semua bahan-bahan di dalam pengisar / blender  dan kisarkan kesemua bahan dan kacau.

Kegunaan: Ia membantu dalam mencegah strok dan penyakit jantung, epal hijau mengurangkan keradangan dan mengawal tekanan darah. Tomato mengurangkan kolesterol  dan pegaga menghalang kanser.

Sumber: http://epichealthy.com

20 Khasiat Halia Yang Ramai Tidak Tahu!



Halia telah digunakan dalam banyak negara dalam banyak hidangan yang lazat. Setelah  mengetahui tentang khasiat-khasiat halia, adalah baik untuk anda mula menjadikannya sebagai bahan dalam hidangan anda atau sebagai minuman.
Teh halia amat mudah disediakan, anda hanya perlu rebus hirisan halia. Anda boleh tambahkan lemon atau limau nipis untuk menambahkan lagi rasanya.

Pencegahan dan rawatan

1. Melawan  Barah / Kanser

Halia mampu merawat banyak penyakit, dan barah ovari adalah satu darinya. Ia menentang sel-sel barah dengan cara merencatkannya. Oleh itu, tambahkan halia dalam hidangan harian anda.

2. Membantu masalah kerengsaan perut

Halia membantu pengidap-pengidap yang mengalami masalah dalam perut dengan terhadap kesan-kesan sampingan penyakit-penyakit mereka. Ianya boleh diambil sebagai makana tambahan (supplement), teh atau dalam bentuk pil atau kapsul dan setiap bentuk mana pun ianya dapat meningkatkan kesihatan sistem penghadaman serta serta usus dengan berkesan.

3. Menghalang nyanyuk

Halia juga boleh menghalang kehilangan dan kemerosotan sel-sel cerebral yang boleh menyebabkan tanda-tanda nyanyuk. Jika anda sejarah keluarga anda terdapat penyakit nyanyuk, maka anda haru mengamalkannya.

Mengurangkan berat badan

4. Meningkatkan selera makan

Jika anda mempunyai kurang selera makan, halia merangsangkan kelaparan dan ianya juga membantu memproses makanan dengan lebih baik. Jika anda mempunyai masalah berkaitan selera makan, mulakan memakan halia.

5. Membantu menurunkan berat badan

Berat badan berlebihan adalah tidak menyihatkan dan jika anda ingin kurangkan berat yang lebih, halia boleh membantu. Halia telah terbukti dalam mengurangkan pengumpulan lemak.

6. Melegakan otot-otot yang keletihan

Halia juga membantu selepas melakukan senaman kardio yang berat kerana otot-otot badan menjadi letih. Halia akan memulihkan otot-otot yang letih dan akan bersedia untuk latihan yang seterusnya. Anda akan lebih bertenaga dan dengan cara ini anda akan membakar lebih kalori.

7. Mengawal paras gula

Halia juga membantu mengekalkan paras gula pada tahap yang sesuai. Ini adalah penting untuk mengurangkan berat badan dan untuk mengekalkan mood yang baik sepanjang hari. Jika anda mula mengamalkan halia,  anda tidak akan mempunyai masalah dengan kandungan gula yang tidak stabil.

8. Membantu badan menyerap nutrisi

Jika anda ingin mempunyai badan yang sihat, adalah amat penting untuk anda mendapat nutrisi-nutrisi yang betul. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak mengambil nutrisi yang betul, mulakan mengambil halia bagi membantu badan anda menyerap nutrisi dari makanan tambahan bila anda mula mengamalkannya.

Kesihatan yang menyeluruh






9. Membantu masalah alahan ketika hamil

Bagi mereka yang mengalami alahan ketika hamil, halia mampu membantu. Ambillah dalam bentuk pil, kapsul atau teh.

10. Mengurangkan keradangan sendi

Halia boleh mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh radang sendi. Halia telah terbukti sebagai penawar yang terbaik bagi jutaan manusia yang mengidap radang sendi setiap tahun. Ambilkan dalam bentuk pil bagi menghilangkan kesakitan.

11. Membuka saluran pernafasan yang keradangan

Bagi mereka yang mengalami masalah asma atau lelah selalu menggunakan ubat-ubatan yang berasaskan steroid. Halia boleh mengurangkan radang dan juga melegakan kesan-kesan ketika perawatan. Ia tidak boleh menyembuhkan asma tetapi ia boleh mengurangkan gejala-gejalanya.

12. Meningkatkan peredaran darah

Halia juga boleh membantu dalam masalah peredaran darah. Ia meningkatkan peredaran darah, menjadikan anda lebih bertenaga. Ia membuka saluran darah yang mana meningkatkan peredaran darah.

Penyakit-penyakit ringan





13. Membantu dalam reput fros

Teh halia adalah menakjubkan jika anda mengalami reput fros kerana ia boleh membantu dalam proses penyembuhan. Ia akan membantu bahagian yang terjejas untuk pulih lebih cepat dengan meningkatkan peredaran darah. Hanya 8 auns (230 gm) setiap hari.

14. Menghentikan mabuk perjalanan

Halia telah digunakan dalam mabuk perjalanan seperti mabuk darat dan mabuk laut dengan berkesan. Khasiatnya amat besar sehingga ia digunakan sebagai penawar mabuk perjalanan seperti Dramamine.


15. Melegakan pedih ulu hati

Jika anda kerap menderita sakit pedih ulu hati, halia sangat berkesan dalam menangani masalah ini. Ianya lebih berkesan berbandingkan ubat-ubatan biasa. Ianya melawan asid yang menyebabkan pedih ulu hati dan tiada kesan sampingan.

16, Masalah kekembungan

Jika anda kerap kembung, amalkan selalu the halia sebelum tidur kesannya lebih kuat ketika malam. Ia akan menyelesaikan masalah ini dengan cepat tanpa kesan sampingan.

17. Melegakan kesakitan

Halia bersifat mengawal tahap hormon dan sebab itu dikenali sebagai pelega kesakitan.  Jika anda merasa sakit,  minum secawan teh halia pada permulaan  pagi dan kesakitan akan hilang.

18. Melegakan resdung

Jika anda menggunakan ubat semula jadi untuk masalah resdung,  cuba gunakan  halia. Ia lebih berkesan dari ubat-ubatan semula jadi yang lain. Ia akan meningkatkan pengeluaran rembesan melalui melegakan kesumbatan oleh resdung. Setiasa amalkan teh halia untuk keperluan anda.

19. Menghilangkan bau nafas

Selepas makan, amalkan halia kerana ia akan membuat nafas anda segar. Ia akan menghalang bau nafas yang  busuk selepas makan. Teh halia juga merupakan pilihan yang baik kerana ia menghilangkan bau busuk  terutamanya selepas memakan bawang putih atau minum kopi espreso.

Rempah Hebat!

20. Meningkatkan keinginan seks

Ia meningkatkan rangsangan seksual dengan amat baik sekali kerana ia bersifat meningkatkan peredaran darah. Ramai orang mendakwa bahawa mereka telah meningkatkan keinginan seks selepas menggunakan halia dalam makanan mereka. Ia berkesan  pada lelaki dan wanita. Amat baik untuk hubungan intim suami isteri.



Sumber:  healthyfoodteam.com

Tuesday 27 October 2015

Secawan Sehari Menghilangkan 1 cm Lemak Di Perut Anda!



Ini adalah satu  ramuan menghilangkan berat badan yang  menakjubkan yang mana mampu menghilangkan lebihan lemak di perut sebanyak 1 inci sehari. Ianya bukan sahaja membakar lemak di perut dan menghilangkan lebihan air dari badan, malah sangat berfaedah bagi fungsi otak anda, ingatan atau memori, pendengaran dan penglihatan. Ianya menjadi sangat-sangat berkesan jika disertakan dengan senaman-senaman kardio dan latihan-latihan yang biasa.


Bahan-bahan:

125g m lobak kuda (horseradish)

4 biji  lemon

Halia 2cm

3 sudu besar  madu

2 sudu serbuk kayu  manis


Sumber imej: http://www.organiclifestylemagazine.com



Penyediaan:

Dengan menggunakan ‘food  processor’ atau jika tiada gunakan aje blender, kisar halus lobak kuda dan halia bersama-sama.

Perahkan  lemon dan campurkan  ke dalam kisaran tadi, kisarkan lagi selama 3 minit.

Masukkan serbuk kulit kayu manis dan madu, kisarkan lagi sehingga menjadi sirap yang pekat.

Simpan ramuan dalam  balang kaca.

Ambil 1 sudu teh dua kali sehari, sebelum makan atau latihan.

Amalkan selama 3 minggu.




Mengapa lobak kuda baik untuk kesihatan?







Lobak kuda menghapuskan bakteria yang menyebabkan disentri, salmonella, batuk kering dan pelbagai jenis parasit di dalam tubuh manusia. Ia meningkatkan fungsi pencernaan di dalam badan anda dengan merangsang rembesan perut dan jus usus serta enzim pankreas. Sayur-sayuran akar ini adalah sangat berkhasiat untuk  hati, jantung dan peredaran darah; tambahan lagi  ia adalah satu bahan diuretik yang hebat dalam  membantu menentang penyakit sendi.

Tambahan pula, ia membantu dalam rawatan selesema, gangguan sistem pernafasan, tonsillitis atau jangkitan saluran kencing. Selain membersihkan badan anda, lobak kuda juga meningkatkan metabolisma, mengurangkan keletihan dan merangsang percambahan bakteria usus berfaedah.

Sayur-sayuran ini adalah rendah kalori dan lemak, tetapi tinggi dengan serat, vitamin, mineral dan anti-oksida. Lobak kuda mempunyai  beberapa mineral penting termasuk natrium, kalium, mangan, besi, tembaga, zink, dan magnesium. Ia mempunyai anti-radang, diuretik dan sifat melegakan saraf .

Lebih-lebih lagi, ia ada kaya dengan  vitamin C, yang meningkatkan sistem imun anda dalam  melawan jangkitan virus. Selain itu, ia menghapuskan  radikal-radikal bebas yang merbahaya dari badan seterusnya melindungi dari kanser, keradangan  dan jangkitan.



Mengapa  halia bermanfaat dalam kesihatan anda?

Seperti juga lobak kuda, halia kaya dengan nutrien dan sebatian bioaktif  yang memberi  kesan yang baik pada badan dan otak anda.

Kebanyakan ciri-ciri perubatan halia, termasuk kesan-kesan anti-radang dan antioksidan, datang dari bahan aktif, gingerol.

Rempah ini amat berkhasiat untuk melegakan rasa loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan menjalani kemoterapi. Ia amat berkesan dalam  merawat alahan semasa mengandung.

Sumber: http://www.healthyveganstyle.com

Saturday 24 October 2015

Cara Membuat Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah


Entri ni sekadar untuk melengkapkan Panduan Membeli Rumah yang saya tulis sebelum ni. Alang-alang saya pun buat pengeluaran KWSP akaun 2 baru-baru ni, eloklah saya kongsikan.

Saya terangkan berdasarkan maklumat lanjut yang KWSP bagi. Rujuk sini. Dalam entri ni, saya tambah beberapa info mana yang berkaitan.

Tujuan

Of course untuk beli rumah la. Bukan untuk beli kereta atau renovate rumah.

Bagi rumah kedua, boleh keluarkan dengan syarat rumah pertama yang dibeli dan ada buat pengeluaran dilupuskan hak. Tak kisahlah samada jual ke, tukar nama kepada ahli keluarga lain ke, kena lelong atau apa sahaja.

Kelayakan

Minimum amaun yang perlu ada dalam akaun ni adalah RM500. Boleh keluarkan sepenuhnya.

Syarat-syarat

Pengeluaran dibuat dalam masa 3 tahun daripada tarikh S&P. Lebih daripada tu, tak boleh dah. Kena beli hartanah lain untuk buat pengeluaran, kalau belum pernah buat pengeluaran.

Yang bestnya, boleh keluarkan lebih daripada sekali asalkan amaun yang dikeluarkan tak melebihi amaun kelayakan. Contoh macam ni. Saya keluarkan sekarang RM50k. Sebelum tamat 3 tahun tempoh daripada tarikh S&P, saya boleh keluarkan lagi seberapa banyak yang boleh asalkan tak melebihi amaun kelayakan. Syaratnya, pengeluaran mestilah setahun selepas pengeluaran yang sebelumnya dan of course, untuk rumah yang samalah. Kalau rumah lain, rumah pertama tadi kena lupuskan hak (jual / tukar nama).

Amaun Kelayakan

Kalau tanya orang yang tak berapa tau, ada yang cakap 10%, ada yang cakap 20% daripada harga rumah. Salah. Formula pengiraan dia macam ni:

Harga Rumah – Jumlah Pembiayaan Rumah* + 10% daripada harga Rumah = Amaun Kelayakan

Contoh pengiraan:





  • Harga rumah = RM360,000
  • Jumlah pembiayaan = RM288,000 (80% loan)
  • 10% harga rumah = RM36,000
  • Amaun kelayakan = RM360,000 – RM288,000 + RM36,000 = RM108,000
(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)

Dekat amaun kelayakan ni saya nampak kelebihannya. Ada peluang nak tambah hartanah lagi selepas setahun atau dua tahun membeli rumah pertama dengan tambahan duit simpanan akaun 2 KWSP ni.

Dokumen

Penting untuk pastikan semua dokumen ada. Bagi salinan dokumen seperti S&P, title dan bank punya loan offer letter, benda ni perlu disahkan. Dokumen tak diterima kalau tak disahkan.

Bagi yang nak buat pengeluaran lebih daripada setahun tarikh S&P, mesti sertakan penyata loan terkini daripada bank.

Lain-lain dokumen seperti yang diterangkan dalam rujukan daripada KWSP tu.

Strategi Untuk Orang Muda

  1. Biar rumah dibeli ada dua nama (suami & isteri) walaupun loan satu nama supaya dua-dua boleh buat pengeluaran. Had pengeluaran ikut had kelayakan, tiada had individu. Maksudnya had tadi takdelah 50:50 kalau dua nama. Boleh keluarkan ikut berapa yang ada asalkan tak lebih amaun kelayakan bagi hartanah tersebut.
  2. Bergantung sepenuhnya kepada pengeluaran KWSP untuk deposit pembelian rumah pertama adalah agak mustahil. Jadi senang cerita, kumpul duit deposit secukupnya, atau gunakan cara lain untuk cukupkan deposit pembelian rumah. Nak guna personal loan pun boleh.
  3. Pengeluaran ambil masa kurang dua minggu sekarang. Tak perlu tunggu lama, boleh dah cari hartanah seterusnya yang nak dibeli.
  4. Digalakkan pengeluaran dibuat sepenuhnya sebelum tamat tempoh 3 tahun pembelian hartanah. Kenapa? Sebab rugi simpan duit dalam KWSP. Dahlah dividen tak tinggi, dengan polisi yang macam nak diubah untuk menyusahkan lagi pengeluaran, eloklah duit tu dikeluarkan dan dilaburkan untuk pembelian hartanah lain.


FYI, Urusan di kaunter KWSP tak sampai 30 minit untuk buat pengeluaran. Ingatkan lama, rupa-rupanya KWSP ni bukanlah macam badan kerajaan yang lain. hehe. Faham-fahamlah macam mana kan.

Penulis: Ariff Shah
Sumber: http://ariffshah.com/cara-membuat-pengeluaran-kwsp-akaun-2-untuk-pembelian-rumah/

Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda



Malas, takde masa atau belum rasa nak pergi seminar hartanah? Ok. Boleh baca panduan ni dulu. Saya cuba terangkan point by point dan akan kemaskini dari masa ke semasa. Harap dapat membantu golongan muda seperti anda dan saya membeli rumah, terutamanya yang belum membeli rumah la.

Yang berpengalaman kalau nampak ada kekurangan mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Sebarang share ke laman sosial adalah dibenarkan. Teruskan usaha murni anda untuk berkongsi ilmu dengan rakan dan keluarga.

1. Modal – No Money No Talk


Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.

  1. Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
  2. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
  3. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
  4. Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
  5. Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.
  6. Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.
Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).

Baca bagaimana anda boleh mengurangkan risiko mengambil personal loan untuk pembelian rumah.

Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?





Secara asasnya, 90% daripada harga belian rumah. Tapi anda boleh dapat lebih.

  1. Untuk pembeli rumah pertama, biasanya boleh mohon sebanyak 95% daripada bank dan ini bergantung kepada bank / pakej yang ada semasa memohon. 5% tu adalah untuk memodalkan kos S&P dan loan agreement.
  2. Anda boleh memohon daripada seberapa banyak bank yang anda mahukan untuk mendapatkan kadar pinjaman dan pakej yang terbaik. Syaratnya, hantarkan permohonan ini semua serentak atau dalam minggu yang sama.
  3. Kalau tak dapat 95%, anda masih boleh dapat 90% + 2.5% di mana 2.5% tadi adalah untuk kos loan agreement dan duti setem loan.
  4. Kos takaful juga boleh dimasukkan ke dalam loan dan kebiasaannya, sekiranya ambil takaful dengan bank, anda akan mendapat kadar istimewa daripada bank. Tapi tak semua bank buat macam ni. Akan diterangkan lagi di bawah.
  5. Ada bank boleh berikan renovation loan sebanyak 10% daripada harga rumah dengan kadar faedah yang menarik. Terpulang kepada keperluan anda samada nak ambil atau tidak.

Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?

Jawapan mudah, boleh.

Walaupun begitu, dalam kebanyakan kes anda masih perlu menyediakan wang tunai 10% untuk pembayaran deposit rumah. Tapi sekiranya anda boleh berunding dengan pemilik rumah, bayaran tunai 10% ini boleh ditangguhkan sehingga anda dapat keluarkan wang simpanan dalam KWSP tadi.

Untuk hartanah leasehold, berkemungkinan besar pemilik rumah tak sanggup tunggu. Untuk freehold, masih ada peluang.

Sila baca entri Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Pembelian Rumah untuk maklumat lebih lanjut.

Dengan Gaji Saya, Layak Ke Dapat Pinjaman?

Ada gaji belum tentu layak dapat loan.

Setiap bank ada kriteria untuk meluluskan permohonan pinjaman. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang itu layak ke tak dapat pinjaman adalah berdasarkan komitmen bulanan seseorang itu selepas dapat pinjaman perumahan vs pendapatan bulanannya.

Komitmen yang biasa diambil kira ialah:

  1. Hutang kereta. Paling biasa untuk golongan muda.
  2. Hutang kad kredit. Perlu ada dalam keadaan yang terkawal. Saya akan terangkan lebih lagi nanti.
  3. Hutang personal loan. Elakkan sekeras-kerasnya.

Pendapatan yang diambil kira ialah:

  1. Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji)
  2. Bonus tahunan. Dikira berdasarkan bonus setahun dibahagikan 12 bulan.
  3. Komisen lain seperti contoh komisen takaful. Pendapatan komisen ni perlu diishtiharkan kepada LHDN dan dibayar cukai
  4. Pendapatan daripada penyewaan (dibuktikan dengan kontrak sewa).

Nak mudahkan cerita, kita kira berdasarkan gaji sahaja. Kalau ada pendapatan berlebihan nanti banker anda akan kirakan DSR.

DSR = Jumlah komitmen (Instalment bulanan rumah + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan) / Gaji bulanan x 100

Untuk kira anggaran instalment bulanan rumah, boleh kira menggunakan loan calculator yang boleh dijumpai di mana-mana laman web bank / berkaitan hartanah. Kebiasaannya, DSR yang ok untuk kelulusan pinjaman perumahan adalah <60% kalau gaji RM3000 ke bawah dan <70% kalau gaji antara RM3000 – RM6000.

Kadar yang saya nyatakan ni sebagai panduan je tapi secara asasnya macam itulah. Check dengan banker anda untuk mengetahui samada anda benar-benar layak atau tidak.

Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?

Sebelum ada yang bertanya di ruangan komen, maaf. Saya memang takde pengalaman dengan loan kerajaan. Boleh rujuk agen atau search google untuk mereka yang tahu prosesnya.


2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?


Bagus pada saya tak semestinya bagus pada anda. Tapi saya kongsikan je apa ciri hartanah yang bagus untuk dimiliki oleh golongan muda sekarang sebagai panduan.

  1. Dekat dengan tempat kerja, lebih-lebih lagi kalau tempat kerja anda di tengah bandar. Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang macam ni. Mudah nak jual/sewa bila anda nak pindah daripada kawasan tersebut nanti.
  2. Dekat dengan pengangkutan awam, terutamanya MRT & LRT. Lagi dekat, lagi bagus dan kalau boleh dalam jarak yang mampu dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa yang lebih mahal.
  3. Bukan tempat jin bertendang. Maksud saya di sini, bukan di kawasan yang tidak mempunyai perancangan bandar yang betul dan tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap.
Tak perlu banyak-banyak. Kalau salah satu daripada 3 point ini menepati ciri-ciri property yang anda minat, maka boleh kata betullah pilihan anda.

Yang penting kat sini adalah pembelian hartanah mestilah berdasarkan pelbagai faktor penting yang telah pertimbangkan. Antara faktor ini ialah matlamat pembelian samada pelaburan/own stay, kemudahan/keselesaan anda & keluarga anda, potensi kawasan tersebut dan kemampuan anda.

Jangan ikut bulat-bulat cakap orang atau keluarga sebab rumah beli rumah ni hutang sampai mati (kalau ditakdirkan anda pendek umur), jadi pilih betul-betul. Salah pilih nanti menyesal tak sudah.

Jadikan cadangan dan recommendation orang lain sebagai panduan sahaja.

3. Site Viewing Rumah









Berdasarkan panduan yang dinyatakan di atas dan keperluan anda, anda menjumpai hartanah yang mahukan. Tapi sebelum anda keluarkan duit walau satu sen pun kepada sesiapa, pastikan anda pergi tengok dulu hartanah yang anda minat itu.

Kenapa? Sebab iklan kat Mudah atau iProperty bertujuan untuk menjual, sudah semua yang ditulis dalam iklan baik-baik sahaja. Jangan sebab agen cakap ramai orang nak hartanah tersebut anda terus letakkan booking semata-mata tak nak bagi dapat kat orang lain.

Jadi cari masa, pergi tengok dulu hartanah tersebut. Apa yang biasanya saya akan lihat adalah:

  1. Keadaan persekitaran dan kejiranan. Siapa jiran? Kaum apa? Pelajar / pekerja / keluarga / orang asing?
  2. Parking cukup ke tak? Nak tau parking cukup ke tak senang je, tengok property tu pada waktu malam hari bekerja. Siang orang semua keluar pergi kerja.   Hartanah yang parking tak cukup adalah petanda yang kawasan tu senang dapat penyewa dan mungkin tak sesuai dengan mereka yang nak sedikit privacy.
  3. Adakah hartanah tersebut diselenggara dengan baik? Hartanah yang kita tengok tu mungkin cantik, tempat best, tapi penyelenggaraan tak bagus pun masalah jugak. Contoh penyelenggaraan tak bagus seperti bangunan nampak uzur / buruk sebab tak pernah dicat semula, rain gutter yang rosak / tersumbat (yang ni boleh nampak kalau lantai tiba-tiba ada kesan lumut atau memang nampak rain gutter dah barai), lif yang gelap dan suram dan lampu di laluan utama tak menyala.
  4. Anda betul-betul kena pertimbangkan semula kalau nak beli hartanah dalam keadaan macam ni. Tak best sebab maintenance fee kena bayar, tapi penyelenggaraan tak dibuat.
  5. Kemudian masuk dalam rumah. Pastikan rumah cukup sifat, mana yang sepatutnya ada pintu, kena ada pintu dan mana yang patut ada dinding, ada dinding. Saya cakap macam ni sebab ada pemilik jadikan rumah tiga bilik kepada dua bilik. Benda-benda ni kita perlu tahu.
  6. Bila semua cukup sifatnya, tengok pulak keadaan dalaman rumah. Dijaga dengan baik atau tidak, toilet tersumbat ke tak? Dinding cantik atau penuh dengan contengan anak kecil? Tiles menggelembung ke tak? Parquet floor cukup ke tak bilangan kepingan kayu tu? Point-point ini boleh digunakan untuk rundingan harga dengan pemilik. Ambil gambar mana yang patut.
  7. Kalau ada perabot/perkakas yang ‘melekat’ seperti kabin dapur, kipas siling, aircon, kabinet kasut, wardrobe pastikan samada benda-benda ni dimasukkan sekali dalam harga pembelian rumah atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda berputih mata bila pindah masuk nanti, mula-mula ingatkan dapat aircon free, aircon pulak baru lagi, kurang setahun dipasang, pindah masuk tengok dah kena cabut.
  8. Kalau banyak perkakas, minta agen buatkan senarai inventori rumah yang dimasukkan sekali dalam harga belian rumah supaya kita tau apa yang kita dapat dan penjual tak ambil apa yang sepatutnya ditinggalkan.
Lepas site viewing, balik rumah dulu. Ambil masa 2-3 hari untuk berbincang dengan pasangan, keluarga, rakan yang lebih arif tentang hartanah ni. Tengok online forum sebab kalau ada sesuatu best, biasanya mesti akan ada orang komplen kat internet.

Bila semua tu dah buat dan keputusannya positif, boleh proceed ke step seterusnya.

4. Proses Membeli Rumah

Berdasarkan panduan dan keperluan, anda telah menjumpai hartanah yang bersesuaian. Anda juga mempunyai modal yang cukup untuk memulakan proses pembelian tersebut. Ini adalah langkah-langkah pembelian hartanah tersebut.

  1. Bayar earnest deposit / booking fees kepada agen hartanah atau pemilik hartanah tersebut. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Bahaya bawa cash banyak-banyak dan ada rekod rasmi kalau bayar guna cara ini.
  2. Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut.Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.
  3. Agen akan cadangkan panel lawyernya dan kalau anda mempunyai preferred lawyer (mungkin ahli keluarga) lagi senang. Lawyer firm ni nak senang kita pilih yang paling dekat dengan kita dan kalau boleh berdasarkan recommendation orang yang kita kenal. Kalau ada lebih daripada satu lawyer firm yang kita rasa ok, minta quotation daripada firm ni untuk bandingkan rate terbaik. Boleh jimat antara RM500 – RM1k kat sini.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank. Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen) salina penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, EA form (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust.
  5. Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya dua buah bank. Kalau anda gunakan perkhidmatan loan broker lebih mudah, tetapi kebiasaannya akan terdapat syarat tersembunyi kalau berurusan dengan mereka. Contoh syarat tersembunyi seperti anda perlu mengambil MLTT daripada mereka atau menggunakan panel lawyer mereka.Kalau anda jenis tak kisah pasal perkara ni, tak mengapa. Disebabkan mana-mana bank pun sekarang ni ada produk Islamik, gunakanlah loan yang Islamik ya. Niatkan kita nak pilih yang halal supaya lebih berkat.
  6. Dalam masa seminggu dua, anda akan mendapat jawapan daripada bank-bank ini. Tunggu sehingga anda dapat jawapan daripada kesemua bank dan kalau tempoh masa tak mengizinkan, seminggu sebelum tamat tempoh masa tu, minta extension. Biasanya pemilik rumah boleh bagi sebab dia pun malas nak tunggu cari prospek pembeli lain.
  7. Pilih pakej pinjaman terbaik. Secara asasnya, pakej terbaik untuk pembeli rumah pertama adalah yang memberikan pinjaman paling banyak untuk tempoh masa paling lama pada kadar keuntungan paling rendah. Ada pakej yang mungkin tak dimasukkan sekali kos untuk lawyer tadi, boleh minta untuk dimasukkan. Ada bank yang fleksibel, walaupun surat tawaran pinjaman dah keluar, kita masih boleh minta untuk masukkan itu ini dan mereka akan keluarkan surat baru. Tandatangan surat tawaran perjanjian.
  8. Lepas sign surat tawaran, inform lawyer firm pilihan kita untuk siapkan S&P. Kemudian, inform agen/owner yang kita dah ada pinjaman dan bayar 7% tadi kepada agen/owner.
  9. Tandatangan S&P.
  10. Dari sini lawyer akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda. Bagi hartanah leasehold, memang akan masa lama sikit sebab memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebulan lebih jugaklah nak tunggu, kalau ada cuti banyak, lagi lama. Untuk hartanah freehold, proses pertukaran nama ni straight forward. Untuk hartanah yang masih dalam pembinaan, tunggulah sehingga hartanah anda siap baru boleh cerita.
  11. Bila urusan dah nak selesai, lawyer akan mula meminta pembayaran yuran dan duti setem rumah. Kena siap sedia untuk menghadapi saat ini sebab kalau tak bayar, transaksi tak boleh diteruskan. Bagi pembelian subsale yang ada lebihan daripada loan, boleh minta lawyer untuk kontra-kan terus bayaran tadi.Selain itu, yuran guaman + duti setem untuk surat perjanjian pinjaman mungkin tidak mencukupi dan anda mungkin kena tambah sikit duit sendiri. Untuk mengelakkan daripada ini berlaku, minta quotation awal-awal lepas sign S&P supaya tak terkejut kalau mereka minta pembayaran.
  12. Untuk yang membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu membayar interest terhadap progress payment yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju. Jangan terkejut pula kalau kadar bayaran ni semakin lama semakin meningkat kerana ia dikira berdasarkan berapa banyak pembayaran (progress payment) yang telah dilakukan oleh bank kepada pemaju.
  13. Bila semua dah selesai, lawyer akan panggil untuk tandatangan dokumen penyerahan. Biasanya lawyer akan berikan sekali salinan bil utiliti terakhir yang telah dilangsaikan oleh pemilik sebelumnya. Apa yang anda perlu periksa adalah untuk memastikan tiada tunggakan pada semua bil (elektrik, air dan kumbahan) serta maintenance fee. Kalau ada tunggakan, tuntut cepat-cepat. Lagi lama tunggu, lagi susah nak tuntut balik.
  14. Bawa dokumen S&P tadi bila nak tukarkan nama pada bil utiliti.


Membeli rumah ni perlu perancangan yang rapi, terutamanya rumah pertama. Sekurang-kurangnya setahun sebelum membeli anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan pengetahuan untuk membeli rumah pertama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kalau tersilap langkah.

Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa ikut kerajinan saya. Bookmark supaya anda boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel 2000+ patah perkataan ni.

Kalau ada yang tersilap / outdated, maaflah. Saya bukanlah pakar hartanah. Yang dikongsikan di sini adalah berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dicedok sana sini.

Penulis: Ariff Shah
Sumber: http://ariffshah.com/panduan-membeli-rumah-pertama-golongan-muda/